Saturday, 5 May 2012

Asrama Puteri Al Mashoor

Salam semua..

Untuk pengetahuan suma org,asrama sekolah kami terletak di MEDAN LIM CHENG TEIK 10250 PULAU PINANG. Asrama ini mempunyai 2 buah blok iaitu blog Siti Aisyah & Siti Khadijah.


KEMUDAHAN ASRAMA KAMI :)

a) Blok Asrama : 2 b) Bilik Asrama : 18 c) Bilik PREP : 4 d) Bilik Rawatan : 1 e) Bilik Rehat : 1 f) Pejabat Penyelia : 1 g) Surau : 2 h) Bilik Stor : 13 i) Tandas : 36 j) Bilik Mandi : 34 k) Bilik Basuhan : 1 l) Tandas Septik : 3 m) Fire Hose rill : 16 n) Rumah Warden : 3 o) Dewan Makan : 1 14. Anugerah Asrama : Asrama Lima Mutiara (Tahun 2002,2003,2004 &2005)


LATAR BELAKANG ASRAMA

Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar.


KEISTIMEWAAN ASRAMA

Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekn kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama tidak mempunyai sebarang padang dan kawasan untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment