Friday, 3 August 2012

hari sukaneka...

 
    1st ---> Rumah Siti Hawa (kuning)
   2nd ---> Rumah Siti Aishah (hijau)
  3rd ---> Rumah Siti Mariam (biru)
       4th ---> Rumah Siti Khadijah (merah)

Assalamualaikum semua nya....ni adalah hari sukaneka sekolah SMKA (P) ALMASHOOR.Kami main seronok- ronok kat Taman Belia...Best sangat.


Berehat sebentar setelah penat merentas desa




Semua bersedia untuk sukaneka yang diadakan.


Lari, lari jangan tak lari! Go Aisyah! Go Khadijah!Go Mariam!Go Khadijah!





 MC kita. Sir Azri. Yes Sir!!

Thursday, 2 August 2012

Assalamua'laikum
Ehhh, tarikh keramat 16 Mei !
Mai sini cheq nak citer sat ....16 Mei, di mana semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia dihargai atas segala jasa dan perngorbanan mereka . Siapakah insan yang bertuah itu ? Haa, mesti nak tahu kan ?Ya, inilah dia namanya GURU ! CIKGU ! TEACHERS ! USTAZ ! USTAZAH ! MU'ALLIM ! MU'ALLIMAH ! SIR ! MADAM ! MUDIR ! PENGETUA ! Ya, merekalah insan yang teramat bertuah ! Kan, kan ? 

Pada 25 Mei tahun ini, AIGS telah meraikan Sambutan Hari Guru 2012 ! Sambutan ini diaraikan dengan sangat meriah sekali. Pelbagai acara dijalankan. Seluruh penghuni AIGS turut meraikannya. Tema bagi tahu ini ialah FAIRYTALE !  Jom tengok cikgu-cikgu kita bergaya dengan pakaian mereka mengikut tema tahun ini.


 Kumpulan Belle .... Si Belle indah rupawan, Cikgu Hidayah !


Cinderella !  . Cinderella , Cikgu Izzati !


De Aurora ! Selembut warna merah hati, Aurora yang memikat, Cikgu Aishah !



At last ! Snow white ! Bak salju, putih berseri, Cikgu Suzarina !






Acara terus bermula dengan perarakan setiap kumpulan guru, seperti gambar-gambar di atas tadi. Kami meneruskan majlis ini dengan mengadakan pelbagai game atau permaianan yang sanagt menarik lagi debomm ! HAHA, nak tahu game apa ? Jom, tengok !


 ! Game make up !





Yang kedua, SUPERSPONTAN ! T

Bersukan bersama Sir Azri dan Ustaz Hasrol ! >_<


Wahh ! Haaa, inilah permainan bola jaring natara guru dan pelajar ! Pakai kain batik wey ! Comei kan ? ^_^ Kumpulan guru menang, pelajar kalah >_<


Ehh ? Ke manakah bola itu ? o.O


Haa, lasak kan ? Ingat perempuan lemah ke ? =='

 Persembahan para pelajar khas buat semua guru AIGS ! Bermula dengan persembahan nasyid kumpulan Nida' Ul-Husna AIGS.


Kumpulan nasyid yang terus gah menaikkan nama SMKA (P) AlMashoor !


Persembahan senior Form 6 ! Video dan Sajak . Nak tengok video?


Last but not least, acara penyampaian anugerah kepada para guru diadakan. :)


                     Falak @ School...SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang

                                     





Alhamdulillah, pada 14 April lalu, Falak @ School aka Falak Attacks School telah berjaya dilaksanakan di SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Program yang disasarkan untuk 300 pelajar telah berjaya membuka lembaran baru falak/astronomi di sekolah tersebut. Empat bengkel telah dijalankan iaitu Bengkel Falak, Bengkel Sains, Bengkel Astronomi dan Bengkel Peralatan Tongkat Istiwa. Dengan usaha para pelajar, titik kordinat geografi untuk sekolah mereka telah berjaya di ukur dan ditanda pada hari itu. Terima kasih untuk team Kelab Astro USM yang membantu mengendalikan Bengkel Astronomi yang meliputi aspek pengendalian teleskop dan peta bintang..juga jutaa terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan dan 'serangan' team falakpenang kali ini...apa pun, jom raikan falak....

Wednesday, 25 July 2012

Barisan Pentadbiran Sekolah :0







                                          BARISAN PENTADBIRAN SEKOLAH :)



  • Berdiri dari kiri: Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) , 
  • Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam), Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik),
  • En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)
  • Duduk dari kiri: Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), 
  • Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), 
  • Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),
  • Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), 
  • Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)


Saturday, 5 May 2012

Asrama Puteri Al Mashoor

Salam semua..

Untuk pengetahuan suma org,asrama sekolah kami terletak di MEDAN LIM CHENG TEIK 10250 PULAU PINANG. Asrama ini mempunyai 2 buah blok iaitu blog Siti Aisyah & Siti Khadijah.


KEMUDAHAN ASRAMA KAMI :)

a) Blok Asrama : 2 b) Bilik Asrama : 18 c) Bilik PREP : 4 d) Bilik Rawatan : 1 e) Bilik Rehat : 1 f) Pejabat Penyelia : 1 g) Surau : 2 h) Bilik Stor : 13 i) Tandas : 36 j) Bilik Mandi : 34 k) Bilik Basuhan : 1 l) Tandas Septik : 3 m) Fire Hose rill : 16 n) Rumah Warden : 3 o) Dewan Makan : 1 14. Anugerah Asrama : Asrama Lima Mutiara (Tahun 2002,2003,2004 &2005)


LATAR BELAKANG ASRAMA

Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar.


KEISTIMEWAAN ASRAMA

Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekn kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama tidak mempunyai sebarang padang dan kawasan untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya.
Kalo nk tau kat mana skolah almashoor ...tengokla peta kat bawah nie...:)